Telefilem Khas “Bilal Dan Abah”- Senarai Pelakon Dan Sinopsis Cerita

By lirik2u

Sudah bersedia untuk menyambut Aidiladha dengan kisah yang penuh makna? Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa bertajuk ‘Bilal dan Abah’ yang bakal menemui anda pada 8 Jun 2025, jam 9 malam hanya di TV Alhijrah. Telefilem ini menampilkan lakonan mantap Azhan Rani dan Ummi Nazeera, disokong oleh Harun Hashim serta Luqman Hafidz, dalam sebuah karya menyentuh hati yang pasti akan membekas dalam ingatan.


Bilal dan Abah
Hari Tayangan: Ahad, 8 Jun 2025
Waktu Siaran: 9:00 malam
Saluran: TV Alhijrah
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Barisan Pelakon:

  • Azhan Rani
  • Ummi Nazeera
  • Harun Hashim
  • Luqman Hafidz

Sinopsis Bilal dan Abah

Di sebalik kesederhanaan sebuah kampung, lahir seorang pemuda bernama Bilal bin Hashim, seorang anak autisme yang memiliki impian besar. Bukan calang-calang cita-cita – Bilal ingin mengumandangkan azan di bumi Mekah. Kagum dengan keperibadian Saidina Bilal bin Rabah, sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan keimanan dan suaranya yang merdu, Bilal sanggup menconteng wajahnya dengan debu arang demi merasai pengalaman menjadi muazzin berkulit hitam seperti idolanya.

Namun, jalan menuju impian tidak semudah yang disangka. Dalam usaha mengumpul wang untuk ke umrah, Bilal dengan tabah mengutip tin kosong dan menjualnya. Usahanya sering dipandang rendah, malah dijadikan bahan ketawa oleh penduduk kampung. Lebih menyedihkan, keinginannya untuk melaungkan azan di surau kampung juga mendapat tentangan hanya kerana suaranya dikatakan tidak merdu.

Tetapi, semangat Bilal tidak pernah luntur. Dia terus berusaha, berpegang teguh pada hasrat dan cita-citanya walaupun diuji dengan pelbagai cabaran. Di sisi Bilal, seorang ayah yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan dan kasih sayang, menjadi kekuatan utama di setiap langkah perjuangannya.


Jangan lepaskan peluang menonton kisah inspirasi ini bersama keluarga sempena Aidiladha. ‘Bilal dan Abah’ bukan sekadar telefilem, tetapi sebuah pengajaran tentang kecekalan, kasih sayang dan erti sebenar pengorbanan. Temui ia di TV Alhijrah, Ahad, 8 Jun, jam 9 malam. Saksikan sendiri bagaimana satu impian boleh mengubah segalanya.

Leave a Comment