Lirik Lagu MASDO – Inilah JalanNya

Lirik lagu MASDO - Inilah JalanNya

Kali ini kami akan kongsikan kepada anda lirik lagu daripada MASDO yang bertajuk “Inilah JalanNya”. Lagu ini ditulis dan dicipta oleh penyanyi/ komposer Noh Salleh kumpulan Hujan. Lagu ini masih mengekalkan suasana muzik retro.

Lagu “Inilah JalanNya” menceritakan tentang satu detik perasaan jatuh cinta di permulaan hubungan. Tanpa perkataan, hanya pandangan mata dan senyuman yang saling bertukar, mampu meluluhkan hati.

Berikut lirik lagu “Inilah JalanNya”

Kita berdua dari tadi saling berpandangan
Seolah ada sesuatu ingin dilafazkan
Mengapa lidah seakan terikat dari bicara?
(Ah, ah-ah-ah-ah-ah)

Kini kita berdua mampu berbalas senyum
Manis rasa kembang mekarnya
Bunga yang menguntum
Ayuhlah temanku
Mungkin ini rasanya bercinta
(Ah, ah-ah-ah-ah-ah)

[Chorus]
Tak mengapa, oh, kekasih
Lepas nikah nanti kita kan bercinta
Buat selamanya walau sakit pedih
Inilah jalannya mendapat restu dari-Nya

[Instrumental Break]

[Chorus]
Tak mengapa, oh, kekasih
Lepas nikah nanti kita kan bercinta
Buat selamanya walau sakit pedih
Inilah jalannya mendapat restu dari-Nya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *