Lirik Lagu Cinta Ini – Naufal Azrin

By lirik2u

LIRIK CINTA INI

Tak ku sangka, Tuhan hadirkan dia
Renungan yang pertama, hati jatuh cinta
Mula bertentang, dunia bercahaya
Bagai mimpi syurga, indah tak terkata

Pre-Chorus
Di tiap sujud
Di tiap doa bersulam bertaut rindu
Kekal di jiwaku

Chorus
Cinta ini, tiada sempadannya
Merentas semesta dan masa
Ku serah seluruh sukma
Hanya untukmu selamanya

Verse 2
Kau pelita di lembah gelita
Engkau penawar segala lara
Tak kuminta harta dunia
Hanya bekal kasih yang kau bawa

Bridge
Biar badai menghempas samudera
Biar dunia luluh binasa
Kasih ini takkan sirna
Selagi jasad terisi nyawa

Ohhh

Cinta ini tiada sempadannya
Merentas semesta dan masa
Kuserah seluruh sukma
Untukmu selamanya

Leave a Comment