Lirik Lagu Dalam Diam – Mojack Hafiz, Zynakal ft. Zamir Harith

By lirik2u

Lirik Lagu: Dalam Diam – Mojack Hafiz, Zynakal ft. Zamir Harith

Dah lama ku simpan
Benda tak terluah
Dalam diam aku
Lari dari semua
Bukan pengecut cuma
Dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan
Orang faham sungguh

Aku senyum tapi
Dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang
Baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi
Pura-pura steady
Dalam gelap aku
Cari diri sendiri

Tajam tenungan waktu aku termenung
Hingga tak sedar air mata terapung
Banyak berfikir walaupun hati kosong
Tetap tersenyum walau hati berbohong

Sebab ku tahu tiada yang akan ambil berat
Saat aku penat ataupun aku tak larat
Masih senyum ikhlas walaupun buat-buat
Selagi aku mampu akan ku tunjuk kuat

Tapi sampai bila aku nak begini
Saat masalah menimpa dan aku lari
Itu bukan aku cuma ku tak mampu
Hidup dalam bayang-bayang yang terus memburu

Aku lelah, lelah, lelah
Dalam diam ku berserah
Ku susun ayat, tangan di tadah
Pada Tuhan ku luah

Dah lama ku simpan
Benda tak terluah
Dalam diam aku
Lari dari semua
Bukan pengecut cuma
Dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan
Orang faham sungguh

Aku senyum tapi
Dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang
Baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi
Pura-pura steady
Dalam gelap aku
Cari diri sendiri

Cengkaman sepi mula hadir dalam diri
Seolah-olah memaksaku lepas yang terisi
Pergerakan tubuhku hanya mampu kaku, diam, keliru
Dalam diam aku lawan perasaan ini

Cuba pendam lagi dan lagi
Keluar dari belenggu yang tak mampu ku hadapi
Tak mampu hayati
Tak mampu hindari

Sejenak, aku tiba-tiba terfikir
Sampai bilakah semua benda ni akan berakhir
Adakah akan terhenti di tengah jalan
Ataupun akan berhenti bila di hujung pernafasan

Saat ini aku cuma fikirkan kebangkitan
Cuba buang “negative thinking” yang tiada kebaikan
Perbaiki diri ikut yang lurus jalan Tuhan
Semoga tiada lagi masalah yang tersimpan

Dalam diam aku menjerit
Cari erti dalam sakit
Takde siapa pun yang tahu
Aku hampir jatuh dulu

Dalam diam, aaa
Tampung hati yang berlubang
Kalau aku hilang esok
Mungkin baru rasa kosong

Dah lama ku simpan
Benda tak terluah
Dalam diam aku
Lari dari semua
Bukan pengecut cuma
Dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan
Orang faham sungguh

Aku senyum tapi
Dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang
Baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi
Pura-pura steady
Dalam gelap aku
Cari diri sendiri

Leave a Comment