Dendam Seorang Madu: Sinopsis, Senarai Pelakon, Lagu OST

By lirik2u

Saksikan sebuah kisah penuh emosi, pengkhianatan, dan pembalasan dalam drama bersiri Dendam Seorang Madu. Menampilkan gandingan mantap Redza Rosli, Hannah Delisha, dan Sweet Qismina, drama arahan Riza Baharudin ini bakal menghiasi slot Tiara Astro Prima. Dengan 50 episod, drama ini menjanjikan perjalanan yang penuh dengan drama, ketegangan, dan kejutan yang tidak disangka-sangka.

Info Drama Dendam Seorang Madu

Tarikh Tayangan: 3 Mac 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima & Astro GO
Penulis Skrip: Firul Akmal / Panel Skrip MIG
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Redza Rosli sebagai Faris
  • Hannah Delisha sebagai Rayhana
  • Sweet Qismina sebagai Izara
  • Lisdawati sebagai Ramlah
  • Emelda Rosemila sebagai Hanum
  • Shah Iskandar sebagai Imran
  • Dian P Ramlee
  • Azizah Mahzan
  • Lorenzo Irmann
  • Zeera Azizi
  • Hanna Halim
  • Aida Khalida

Sinopsis ‘Dendam Seorang Madu’

Rayhana, seorang wanita dari keluarga miskin, terpaksa berkahwin dengan Faris demi mendapatkan rawatan perubatan untuk ibunya. Namun, kebahagiaan yang diimpikan hancur dalam sekelip mata apabila dia mengetahui bahawa Faris sudah pun mempunyai isteri pertama, Izara.

Tanpa disedari, Rayhana turut menjadi mangsa permainan licik Hanum, ibu Faris, yang merancang untuk merampas harta pusaka peninggalan arwah ayahnya. Ketika Rayhana hampir kehilangan segalanya dalam satu cubaan pembunuhan, dia bangkit dengan identiti baharu, bersedia untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara, dan Hanum yang telah memperdayakannya.

Akan terungkai rahsia lama, kepercayaan dikhianati, dan Rayhana tidak akan berundur sehingga dia mendapat keadilan yang sepatutnya.

Adakah dendam mampu membayar harga keperitan yang pernah dialaminya? Atau akhirnya, Rayhana akan terperangkap dalam permainan yang lebih berbahaya?

Lagu OST

Akan dikemaskini.

Leave a Comment