Rona Bosphorus: Sinopsis, Senarai Pelakon, Lagu OST

By lirik2u

Drama adaptasi novel terkenal, Rona Bosphorus karya Dr. Zaid Akhtar bakal menemui penonton di TV Okey mulai 1 Januari 2025. Drama bersiri sebanyak 26 episod ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 9 malam. Arahan Khalid Nadzri, drama ini menampilkan gandingan hebat Syafi Tee dan Husna Mustaffa sebagai teraju utama.

Maklumat Drama Rona Bosphorus

  • Episod: 26
  • Tarikh Tayangan: 1 Januari 2025
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 9:00 malam
  • Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
  • Penulis Skrip: Zabidi Mohamed & Zaid Akhtar
  • Pengarah: Khalid Nadzri
  • Produksi: SA Dinamik Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Syafi Tee sebagai Afham
  • Husna Mustaffa sebagai Amal Hayati
  • Dania Iza sebagai Naurah
  • Habeeb Rasely sebagai Mohd Khairi
  • Hafizuddin Fadzil
  • Kuna Muzani
  • Boy Naszeli Ngasri
  • Duha Uner
  • Qazem Nor
  • Datin Anne Ngasri
  • Rasya Dean
  • Ikhlas Jalil
  • Inas Sofea

Lagu OST

  • Tajuk: Casablanca
  • Artist: Nuha Bahrin . Naufal Azrin
  • Melodi: Daqmie (Daqmie Music Factory) & Wan Saleh
  • Lirik: Daqmie (Daqmie Music Factory) & Abdulkarim Al Ali (Syria)

Sinopsis Drama Rona Bosphorus


Amal Hayati, seorang gadis yang terpaksa menempuh kekecewaan selepas pertunangannya dengan Khairi terputus, memulakan perjalanan baru dalam mencari makna hidup. Namun, takdir membawa perubahan yang tidak disangka.

Kehidupan, di mana pun berada, penuh dengan rona – ujian untuk mengukur kematangan seorang insan, apatah lagi bagi anak muda.

Afham dan Amal Hayati, dua siswazah dari Jordan yang tidak saling mengenali, memilih untuk membawa hati ke bumi Turki. Negara dua benua ini, yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus yang memukau, menjadi simbol perjalanan mereka.

Di Turki, mereka meneruskan pengajian dan menyebarkan ilmu di madrasah. Pertemuan dengan watak seperti Emine, Ilhan Yakin, dan Erfan mencetuskan pelbagai peristiwa yang menguji prinsip serta tanggungjawab mereka.

Leave a Comment