Drama bersiri Wanita Milik Kaiden, adaptasi daripada novel karya Nuriffa, yang menemui penonton mulai 26 Disember 2024. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam, dan boleh distrim di iQIYI pada jam 8.00 malam untuk pengguna VIP, manakala tontonan percuma tersedia selepas 48 jam. Drama ini diterbitkan oleh Cinema Stage Production dan diarahkan oleh Jamal Khan, membariskan pelakon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Liza Abdullah, dan Datin Sri Maria Farida.
Info Drama
- Judul: Wanita Milik Kaiden
- Episod: 25
- Tarikh Tayangan: 26 Disember 2024
- Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
- Penulis Novel: Nuriffa
- Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
- Pengarah: Jamal Khan
- Produksi: Cinema Stage Production
Senarai Pelakon & Watak
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Kaiden
- Emma Maembong sebagai Haila
- Shahz Jaszle sebagai Erman
- Dayang Areeda sebagai Katrina
- Wafariena Roslan sebagai Dilla
- Rasya Dean sebagai Sarah
- Maria Farida sebagai Pn Sri Atillia
- Liza Abdullah sebagai Pn Kamariah
- Zaidi Omar sebagai Madi
- Rezza Shah sebagai Edlan
- Aprena Manrose sebagai Liana
- Kael sebagai Akmal
- Adrina Kamaruddin sebagai Haila
- Izzy Reef sebagai Kaiden
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Lebih Baik
- Penyanyi: Shiha Zikir
- Komposer: Shazee Ishak, Audi Mok
Sinopsis Drama
Drama ini mengisahkan hubungan kompleks antara tiga watak utama: Haila (Emma Maembong), Erman (Shahz Jaszle), dan Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin). Haila, seorang gadis yatim piatu, bertemu dengan Erman yang kelihatan sempurna pada awalnya. Namun, rahsia besar Erman bahawa dia telah bertunang dengan Sarah (Rasya Dean) membawa konflik yang merumitkan.
Dalam masa yang sama, Kaiden, rakan lama Haila yang pernah menjauhkan diri daripadanya kerana peristiwa hitam, kembali muncul dan cuba melindunginya daripada menjadi mangsa permainan Erman. Konflik cinta dan pengkhianatan ini membawa Haila kepada dilema besar, sama ada memilih untuk terus mempercayai Erman atau membuka hatinya kepada Kaiden, yang sebenarnya menaruh cinta kepadanya sejak dahulu
Kenapa Anda Perlu Menonton?
Drama ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga perjuangan untuk menghargai dan melindungi seseorang yang dicintai. Dengan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang penuh emosi, Wanita Milik Kaiden pasti akan memberikan pengalaman tontonan yang tidak dapat dilupakan.
Jangan lupa saksikan drama ini di TV3 atau strim di iQIYI. Tanda kalendar anda dan nikmati kisah cinta yang menggugah hati ini!