Bersedia untuk menyaksikan sebuah kisah yang penuh ketegangan dan emosi! Langit Ke Tujuh bakal membawa penonton menyelami dunia gelap ketaasuban terhadap ajaran sesat yang mampu meruntuhkan kehidupan. Drama bersiri yang diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan oleh Heykal Hanifah ini menampilkan barisan pelakon berbakat besar seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz, serta Datuk Fauziah Nawi.
- Mula Tayangan: 23 Januari 2025
- Hari Siaran: Setiap Isnin & Khamis
- Episod: 8
- Platform: Tonton
- Idea Asal: Mira Mustaffa
- Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
- Pengarah: Heykal Hanifah
- Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Anda boleh menontonnya secara eksklusif di Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau menerusi aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.
Barisan Pelakon & Watak
- Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul
- Nora Danish sebagai Kalsom
- Farahdhiya sebagai Zainab
- Faezah Elai sebagai Suhana
- Chacha Maembong sebagai Zahara
- Nafiz Muaz sebagai Yusof
- Fauziah Nawi sebagai Mak Ina
- Haqeem Heykal sebagai Salman
- Muhammad Faisal Othman sebagai Budin
- Syean Mokhtar sebagai Tok Ayah
- Nurul Madzlyana sebagai Riana
- Iman Suhana sebagai Tuah
- Azlan Azmi sebagai Khairiz
- Izy Selamat sebagai Julia
Lagu OST
- Lagu Tema (OST) – “Genggam”
- Artis: Apwriter & Afif Tirmizie
- Komposer: Apwriter & Noktah
- Lirik: Apwriter
Sinopsis Langit Ke Tujuh
Di sebalik pagar sebuah komuniti terpencil bernama Tanah Surgo, tersembunyi kisah tentang ajaran yang dianggap sebagai jalan menuju syurga. Di situlah Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin karismatik, membawa pengikutnya menyelami kepercayaan yang kononnya suci, tetapi sebenarnya penuh dengan manipulasi dan penindasan.
Bersama tiga isterinya, Kalsom (Nora Danish), Zainab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai), Ayah Abdul mengawal setiap aspek kehidupan di dalam Tanah Surgo. Namun, segalanya berubah apabila seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), tertarik untuk menjadi isteri keempat. Namun, sebaik sahaja melangkah masuk ke komuniti itu, Zahara mula menyedari bahawa ajaran yang diamalkan jauh tersasar daripada kebenaran. Dia mula meragui niat sebenar Ayah Abdul dan berusaha mencari jalan untuk membongkar rahsia gelap yang disembunyikan.
Dalam masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) kembali ke Tanah Surgo untuk menemui ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi). Tetapi, Yusuf semakin curiga apabila melihat perubahan mendadak dalam sikap ibunya serta keadaan mencurigakan yang berlaku di sekelilingnya. Dia akhirnya bertekad untuk menyelamatkan ibunya dari pengaruh Ayah Abdul, walaupun nyawanya mungkin menjadi taruhan.
Bagaimana nasib Zahara dan Yusuf dalam usaha mereka menyingkap kebenaran? Adakah mereka mampu menghentikan ajaran sesat ini sebelum lebih ramai menjadi mangsa?
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Langit Ke Tujuh – sebuah drama yang bukan sahaja menyentuh emosi tetapi juga membuka mata tentang bahaya ketaasuban yang membawa kehancuran. Saksikan sendiri bagaimana kebenaran akhirnya terbongkar, hanya di Tonton!