Takkan ku biarkan walau
Ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah, arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah, arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah, arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah, arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda