Lirik Lagu Nasib Si Penagih Dadah – Mucien

By Lirik Lagu

Satu hari ku langkahkan kaki
Menuju port ku sendiri
Datang polis dan juga CID
Aku ditangkap, tanganku digari

Aku dibawa ke dalam mahkamah
Badan lesu dan lemah
Tuan hakim dah naik menyampah
Buka rekodku bersepah-sepah

Beginilah nasib si penagih dadah
Tersisih dan terhina
Jika benar dikatakan salah
Aku dianggap perosak akhlak negara

Tiga tahun duduk di penjara
Tiga bangsa jadi saudara
Melayu, Cina, dan juga India
Tiga tahun ku tanggung sendiri

Jam tujuh pagi, sarapan diberi
Sekadar roti dan juga kopi
Rasa-rasa nak tambah lagi
Apa daya ration ku sendiri

Buka pintu tong jalan dulu
Ambil lesen ujian memandu
Maa mandi kira satu-satu
Kalau lebih kena cota kayu

Jam dua petang nasi diberi
Kuah kari ikan kering
Rasa-rasa bagaikan nak lari
Apa daya tembok banyak tinggi
Apa daya tembok banyak tinggi
Apa daya tembok banyak tinggi

Leave a Comment