Pernah kita kecap bahagia
Menyulam kasih menyemaikan cinta
Engkau ku cintai, engkau jua ku sayangi
Kesetiaan ku jangan diragui
Kita pasangan bahagia
Ku yakin cinta untuk selamanya
Kita merancang, Tuhan jua menentukan
Kita ditakdir tidak bersama
Runtuh harapan dibina
Kerana engkau jadi miliknya
Bagaikan kaca terhempas ke batu
Hancur luluh impian suciku
Ku sedari kedaifan diri
Tak selayak berganding denganmu
Walau teguhnya cintamu padaku
Engkau tak akan jadi milikku
Yang ku miliki hanyalah kesucian cinta
Kesetiaan yang tiada taranya
Harta pangkat ringgit yang berjuta
Bukan jaminan membina bahagia
Hanya sekejap nikmat bahagia
Cinta kita putus jua akhirnya
Padamu jua ku serahkan segala
Aku hanya insan yang tak berdaya
Cintamu hanyalah sementara