Kita bagai merpati
Yang sering beriringan
Menuju ke syurgawi pelangi
Kita mengumpul hasrat
Tiada henti-hentinya
Mencari persinggahan
Bina istana
Chorus:
Namun ku tak berdaya
Membina cinta
Syurgawi yang dicari
Dilanda gelita
Gugurlah harapanku
Bersama hujan
Bagai ada sesuatu
Cinta terhalang
Dimanakah kau sayang di mana
Jika hilang ku nanti kembali
Andai duka di mana khabarmu
Jika bahgia apalah ertinya
Ku menunggu… dan menunggu
Titian hasrat cinta
Antara kita
Lebur dipersinggahan
Sebuah harapan