Siri premium Astro Originals, One Cent Thief kini kembali dengan musim kedua yang menjanjikan kisah yang lebih mencabar dan penuh kejutan. Musim ini mengupas sisi gelap manusia yang didorong oleh ketamakan, keinginan untuk berkuasa, dan obsesi terhadap kedudukan. Konflik dalaman keluarga, integriti yang teruji, manipulasi politik, dan penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan peribadi menjadi tunjang utama jalan ceritanya.
Diarahkan oleh duo hebat, Ariff Zulkarnain dan Alfie Palermo, musim terbaru ini akan membawa penonton menyelami dimensi baharu dalam dunia jenayah yang penuh liku. Saksikan One Cent Thief Musim 2 bermula 31 Januari 2025, setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO seawal jam 12 tengah malam, Astro Citra (saluran 108) jam 9 malam, serta ulangan di Astro Ria (saluran 104) setiap Isnin jam 9 malam. Penonton juga boleh menontonnya di sooka.
Maklumat Drama
- Tajuk: One Cent Thief Musim 2
- Episod: 8
- Tarikh Tayangan: 31 Januari 2025
- Rangkaian: Astro GO, Astro Citra, Astro Ria, Sooka
- Pengarah: Ariff Zulkarnain & Alfie Palermo
- Produksi: Astro Shaw & Independent Pictures
Senarai Pelakon dan Watak
- Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
- Azira Shafinaz sebagai Intan
- Faizal Hussein sebagai Abah
- Fabian Loo sebagai Chen
- Sofia Jane sebagai Ibu Zara
- Trisha Ooi sebagai Diyana
- Syarul Ezani sebagai Dzia
- Shashi Tharan sebagai Kapten Chandran
Sinopsis One Cent Thief Musim 2
Iman Shah kembali dengan misi yang lebih berani dan berisiko. Kali ini, dia berdepan musuh yang lebih berbahaya — Ibu Zara, ketua kartel dadah yang semakin berkuasa setelah berjaya menyusup ke arena politik. Dengan segala pengaruh dan kekebalan undang-undang yang dimilikinya, Ibu Zara menjadi ancaman terbesar buat Iman Shah.
Bersama Chen, pemimpin kumpulan penggodam elit Digital Karma, mereka merancang satu operasi penuh strategi untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengembalikannya kepada masyarakat. Namun, jalan mereka tidak mudah. Ibu Zara menggunakan kuasa politiknya untuk mengaburi undang-undang dan menyulitkan siasatan pihak berkuasa, termasuk Intan, pegawai yang berusaha menegakkan keadilan.
Dalam pergelutan antara kebenaran dan kuasa, siapakah yang akan menang? Saksikan kisah penuh debaran ini dalam One Cent Thief Musim 2.