Niat Puasa Ramadhan: Dibaca Setiap hari atau sebulan

By lirik2u

Berikut adalah Niat Puasa Ramadhan yang boleh dibaca setiap malam dan sebulan.

Niat Puasa Harian (Setiap Hari)

Puasa Ramadhan perlu diniatkan setiap malam sebelum Subuh. Berikut adalah lafaz niatnya:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Berikut niat puasa ramadan hari dalam rumi:
Nawaitu sauma ghodin ‘an adā’i fardi syahri Ramadāna hadzihis-sanati lillāhi ta‘ālā.

Maksud:
“Aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”


Niat Puasa Sebulan (Sekali di Awal Ramadhan)

Bagi mereka yang ingin berniat puasa untuk sebulan penuh, boleh membaca lafaz berikut pada malam pertama Ramadhan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Transliterasi rumi:
Nawaitu sauma syahri Ramadāna kullihi lillāhi ta‘ālā.

Maksud:
“Aku berniat puasa sepanjang bulan Ramadhan kerana Allah Ta‘ala.”

Namun, bagi mazhab Syafi’i, niat harian lebih digalakkan.

Leave a Comment