Drama bersiri Rindu Kasih 3: Teratak Kasih Salina bakal mengisi slot Samarinda TV3, membawa kisah penuh emosi dan konflik kehidupan. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya). Menghimpunkan barisan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafidz dan ramai lagi, drama ini menjanjikan jalan cerita yang menyentuh hati dan sarat dengan pengajaran.
Maklumat Siaran
Slot: Samarinda TV3 / Tonton
Tarikh Tayangan: Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Episod: 15
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib

Watak dan Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Salina
Aqasha sebagai Qossim
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Mimi Ernida sebagai Rita
Shazia Rozaini sebagai Huda
Meor Mohd sebagai Iqbal
Hasnul Rahmat sebagai Abdullah
Luqman Hafidz sebagai Faqeh
Khalida Balqis sebagai Keisya
Erin CTJ sebagai Bella
Lagu Tema OST
- Tajuk: Awan Mendung
- Penyanyi: Aiman Sidek ft Alin Sidek
Sinopsis Teratak Kasih Salina
Selepas pemergian Amir, Salina (Ummi Nazeera) berusaha untuk memulakan hidup baharu dengan wang peninggalan arwah suaminya.
Dengan tekad dan keinginan untuk membantu, Salina membuka Teratak Kasih Salina, sebuah pusat perlindungan khusus untuk gadis-gadis yang menghadapi pelbagai masalah dan tersasar haluan.
Namun, di sebalik usaha murninya, Halijah (Fazlina Dato’ Ahmad Daud) masih dibayangi rasa dendam terhadap Salina. Dia tidak pernah berhenti mencari peluang untuk menjatuhkan wanita itu, meskipun Salina hanya ingin menjalani hidup dengan aman.